Assalamualaikum semua.
Dah sekian lama tak berblog ni. Jadi agak janggal sikit bila nak menaip semula.
Baiklah. Berdasarkan tajuk kat atas ni kita nak tahu apa yang ada dekat Akademi Binaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai ABM ni.
ABM ni ada 6 cawangan : Sabah, Sarawak, KL, Terengganu, Kedah dan juga Johor.
Dekat ABM ni ada Program Kemahiran Latihan Belia untuk belia yang 16 tahun ke atas. Latihan yang disediakan ni akan dibiayai sepenuhnya oleh CIDB.
Yang nak ambik sebelum diploma boleh, selepas diploma pun boleh. Sebab apa? Kita akan dapat pengalaman baru dalam bidang pembinaan, elektrik, mekanikal dan lain-lain.
Setiap kursus kalau tak silap saya adalah dalam 1 bulan hingga ke 6 bulan. Dan lepas tamat latihan, kita akan dapat sijil. Tapi sudah tentulah ada exam sebelum nak dapat sijil tu.
Kenapa perlu ada sijil+diploma? Itu akan saya kupas nanti.
Yuran pendaftaran pula?
Yuran Pendaftaran = RM80
Deposit Asrama = RM50
Urin Test = RM30
Untuk lebih lanjut layari http://www.akademibinaan.com.my/web/
Untuk FAQ : http://www.akademibinaan.com.my/web/index.php/soalan-lazim
No comments:
Post a Comment