Monday 11 January 2016

Akademi Binaan Malaysia (ABM)

Assalamualaikum semua.
Dah sekian lama tak berblog ni. Jadi agak janggal sikit bila nak menaip semula.
Baiklah. Berdasarkan tajuk kat atas ni kita nak tahu apa yang ada dekat Akademi Binaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai ABM ni.

ABM ni ada 6 cawangan : Sabah, Sarawak, KL, Terengganu, Kedah dan juga Johor.

Dekat ABM ni ada Program Kemahiran Latihan Belia untuk belia yang 16 tahun ke atas. Latihan yang disediakan ni akan dibiayai sepenuhnya oleh CIDB.

Yang nak ambik sebelum diploma boleh, selepas diploma pun boleh. Sebab apa? Kita akan dapat pengalaman baru dalam bidang pembinaan, elektrik, mekanikal dan lain-lain.
Setiap kursus kalau tak silap saya adalah dalam 1 bulan hingga ke 6 bulan. Dan lepas tamat latihan, kita akan dapat sijil. Tapi sudah tentulah ada exam sebelum nak dapat sijil tu.

Kenapa perlu ada sijil+diploma? Itu akan saya kupas nanti.

Yuran pendaftaran pula?
Yuran Pendaftaran = RM80
Deposit Asrama = RM50
Urin Test = RM30

Untuk lebih lanjut layari http://www.akademibinaan.com.my/web/

Untuk FAQ : http://www.akademibinaan.com.my/web/index.php/soalan-lazim


Tuesday 6 January 2015

Lepas SPM Nak Buat Apa?

Assalamualaikum guys and girls.
Kepada yang sudi membaca blog aku ni aku ucapkan banyak-banyak terima kasih. Jangan lupa jadikan 'viral' blog aku ni.

Tajuk hari ni ialah lepas spm nak buat apa? Kebanyakan pelajar-pelajar lepasan spm ambil keputusan untuk cari kerja sambilan untuk dapatkan duit. Jadi, jom aku bagi sedikit tips apa yang patut korang buat sebenarnya lepas spm ni selain kerja.

1. BUAT AKAUN SSPN
Akaun SSPN ni sangat penting akan datang bila korang dah masuk universiti nanti. Sebab apa, nanti senanglah korang nak uruskan pinjaman PTPTN. Duit untuk belajar tu. Tapi, aku nasihatkan tak perlu kot nak pinjam PTPTN. Menurut pengalaman aku, memang agak sukar kalau nak bayar balik lepas habis belajar nanti. Jadi aku suggest kan better korang mohon zakat ataupun biasiswa. Pinjaman MARA pun okay jugak.

Untuk bukak akaun SSPN ni, umur korang mestilah 18 tahun ke atas. Dan akaun boleh dibuka di Maybank berdekatan dengan rumah anda. Korang cuma perlu ada minimum RM20 untuk bukak akaun ni.

2. BUAT AKAUN ASB
Akaun ASB ni pulak adalah untuk korang simpan duit untuk jangka masa yang panjang. Duit akan beranak kat dalam akaun tu dengan syarat duit korang tu tak dikeluarkan dalam masa setahun. Nak bukak akaun ni bolehlah pergi ke pejabat pos yang berdekatan dan minimum duit yang diperlukan at least RM20. Bila dah pinjam PTPTN nanti bolehlah simpan sedikit kat dalam akaun ASB ni. Pastikan constant simpanan tu.

Maksud aku...

Bulan Januari korang simpan RM100, jadi bulan seterusnya korang kena simpan RM100 jugak. Pastikan tiada pengeluaran wang yang dikeluarkan pada waktu itu. Kalau tidak tak berapa best laa korang punya 'saham' tu.

3. KUMPUL DUIT
Kumpul duit ni memang bukan mudah. Aku tahu bila first time korang dapat duit mesti nak joli bukan? Tak apa, hold dulu sebab nanti korang kena simpan duit tu untuk bayar yuran bila dah masuk universiti nanti. Menurut pengalaman aku...

Kalau politeknik, yurannya adalah dalam RM700 dan semester seterusnya pun  sama juga.
Kalau UiTM, yurannya adalah dalam RM700 jugak untuk first time masuk. Kalau seterusnya barulah RM500 untuk setiap semester.

Jadi berjimatlah sehabis baik.

4. PILIH COURSE YANG KORANG MINAT BERDASARKAN RESULT YANG KORANG BAKAL DAPAT
Yang ni aku nak ingatkan kepada semua, selalunya pelajar akan buat silap bila mohon UPU. Belajar lebih kurang aje, tapi nak ambil course medik. Memang silap besarlah korang. Pilih course yang mana korang sesuai dan selesa. Supaya akan datang mudah untuk korang dapat kerja. Pada pandangan aku, lebih baik jika korang mohon UiTM kerana yuran murah dan fasilitinya sangat better.

Kebiasaannya yuran universiti lain macam Universiti Malaya(UM), UniSZA sangat mahal yurannya. Kalau mampu tak apalah nak pergi. Dapat biasiswa pun tak kisah nak pergi.

Kalau korang minat dalam bidang kemahiran, mohonlah politeknik di mana korang akan belajar banyak amali lebih dari teori. UiTM fokus kepada teori, adalah sikit amali. Perlu diingatkan, waktu spm dulu korang kalau belajar main-main jangan haraplah nak dapat course gempak-gempak. Sebab tu korang kena belajar waktu spm.

Sebabnya, spm itu kunci nak pergi ke course best-best dan korang akan dapat banyak pilihan nanti. Kalau tak ada pilihan, nak study pun malas. Lainlah kalau kau mampu nak pergi kolej swasta. Itu lain cerita.

Kalau ada yang mohon matrikulasi dan asasi, itu pun bagus jugak.

Ingat, borang upu tu kena sentiasa up-to-dated. Kalau tak nanti korang akan lupa tarikh pengumuman keputusan upu. Fikir masak-masak sebelum buat pilihan.

Susah sangat, masuk STPM je. Tapi diingatkan, kebanyakan kawan-kawan aku yang pergi STPM semuanya susah nak sambung Ijazah. Sebab dengar kata nak pergi Ijazah ni ikut rezeki masing-masing. Sebab intake untuk budak-budak Ijazah ni mereka dahulukan budak asasi, lepas tu matrik, then barulah STPM dan akhirnya budak-budak diploma.

Nak bersaing bukan main payah. Jadi jangan silap buat pilihan. Korang juga kena buat homework iaitu buat kajian tentang course apa yang korang nak ambil. Jangan pakai hentam je. Susah nanti.

PENUTUP

Baiklah itu antara yang aku nak terangkan. Next posting akan aku bincangkan sedikit sebanyak course mana yang korang patut pilih based on keputusan spm korang. Chow dulu~